Monday, September 20, 2010

Kewartawanan Dalam Talian Harus Dikawal

Dunia semakin hari semakin maju, dan kepesatan teknologi maklumat atau internet telah mewujudkan dunia tanpa sempadan. Segala-galanya mudah dan pengguna boleh mengakses mana-mana berita dalam sekelip mata sama ada dari dalam negara atau di luar negara dengan hanya satu klik.

Walaubagaimanapun, terdapat bermacam-macam pihak yang menyalahgunakan kemudahan yang telah tersedia dengan menyampaikan ideologi-ideologi negatif, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Kewartawanan dalam talian juga tidak terlepas dari masalah yang sedemikian. Disebabkan tiada undang-undang di internet, manusia boleh melakukan apa sahaja yang dapat memenuhi kehendak mereka di alam siber ini. Ini turut diakui oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad di mana beliau menyatakan kebebasan bersuara media harus disekat dan dibendung untuk mengelakkan kepincangan dan mengutuhkan masyarakat.

Undang-undang siber harus diwujudkan di negara ini supaya ia bersesuaian dengan masa sekarang kerana majoriti rakyat di negara ini menggunakan internet sebagai medium penting dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana di Malaysia tidak mempunyai sebarang akta atau undang-undang yang mengkhususkan kepada sekatan internet. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam. Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber.

Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran.

Julai tahun lalu seorang remaja perempuan di Indonesia, 17 tahun dijatuhi hukuman penjara 75 hari baru-baru ini kerana mengirimkan komen-komen negatif kepada kawannya dalam laman web Facebooknya. Bukan di Indonesia sahaja tetapi di Malaysia juga terdapat kes-kes sedemikian rupa seperti kes Mohamad Tasyrif Tajudin yang secara terang-terangan memberikan komen mengenai pembakaran masjid dan gereja di malaysia tetapi tidak diambil tindakan kerana tiada undang-undang spesifik mengenai alam siber. deretan kes seperti diatas jelas menunjukkan kepentingan pengawalan dan pemantauan kewartawanan dalam talian, khususnya informasi yang disebarkan di internet adalah perlu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan Negara.

No comments:

Post a Comment